Reka bentuk Wang_neraka

Wang neraka yang paling biasa dijual adalah wang kertas $10,000 yang dibentuk menurut Wang Kertas Simpanan Kebangsaan Amerika Syarikat. Bahagian hadapan mengandungi potrait Maharaja Jed dan mohor bank Neraka. Mohor itu terdiri daripada gambar bank Neraka itu sendiri. Banyak tulisan halus kabur "Wang Kertas Neraka" bertaburan pada bahagian belakang dalam warna kuning. Ini biasanya dijual dalam paket 50 hingga 150, dan dibalut dengan pita pelekat.

Kedai yang khusus bagi penjualan barangan adat, seperti "kedai sembahan dewa-dewi" di Malaysia, turut menjual duit kertas yang lebih besar dan berhias yang turut memiliki nilai lebih besar berbanding duit kertas $10,000 yang biasa. Sesetengah helaian tidak mengambarkan Maharaja Jed, dan akan mengambarkan tokoh mashur lain dalam mitos Cina, seperti Lapan Imortal, Buddha, Yama, atau gambar naga. Sesetengahnya turut menggambarkan orang terkenal yang telah meninggal, seperti Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, Albert Einstein dan Marilyn Monroe.